Tajuk 1:
Prestasi dan Kejayaan Akademik Dalam PMR dan SPM
- Dapatkan maklumat tentang prestasi akademik PMR dan SPM untuk beberapa tahun kebelakang. contoh antara tahun 2007 - 2010.
- Daripada prestasi akademik tersebut, pelajar perlu membuat analisis pencapaian akademik.
- Pelajar bebas untuk membuat analisis dengan cara masing-masing.
- Masukkan sedikit/ secara umum tokoh pelajar yang cemerlang dalam PMR dan SPM dalam tahun yang dikaji.
- Buatkan satu dialog dengan mana-mana orang sumber yang berkaitan dengan peperiksaan seperti Pelajar Terbaik PMR atau SPM.
Apakah
sumber yang boleh diperolehi:
- Majalah sekolah tahun kebelakangan
- Sijil-sijil pelajar cemerlang
- Laporan panitia mata pelajaran
- Orang sumber/ temuramah
- Akhbar / majalah
- Dan lain-lain sumber
Tajuk 2.
Prestasi dan Kejayaan Kokurikulum
- Dapatkan jenis-jenis persatuan/ kelab/ uniform/ sukan yang ditubuhkan di sekolah.
- Kemudian, huraikan mana-mana 4; contoh Kelab SPBT, Puteri Islam, Sukan Bola Sepak dan Kadet Polis @ mana-mana pilihan pelajar.
- Jelaskan kegiatan-kegiatan yang dilakukan
- Namakan/ huraikan setiap pelajar yang aktif dalam persatuan/ kelab/ uniform/ sukan yg dipilih, seperti:
- Jawatan yang disandang
- Kejayaan di peringkat sekolah/ zon/ negeri/ kebangsaan
- Buatkan satu dialog dengan orang sumber mana-mana persatuan/ kelab/ uniform/ sukan yang dipilih seperti pelajar atau guru yang berkenaan.
Apakah sumber yang boleh diperolehi:
- Majalah sekolah
- Laporan kelab/ persatuan
- Sijil
- Gambar
- Buku program
- Akhbar/ majalah
- Orang sumber/ temuramah
- dll yang berkaitan
Tajuk 3:
Tokoh-tokoh Bekas Pelajar
- Dapatkan 4 tokoh pelajar (sesiapa sahaja pelajar sekurang-kurangnya lepasan SPM 2010)
- Dapatkan biodata setiap tokoh
- Dapatkan juga sifat-sifat istimewa
- Nyatakan sumbangan setiap tokoh seperti aktif dalam politik, NGO, ekonomi, kebajikan dll.
- Sumbangan semasa di peringkatseperti sekolah/ zon / negeri / kebangsaan / negara / antarabangsa
- Buatkan satu dialog dengan mana-mana tokoh pelajar yang dipilih.
Apakah
sumber yang boleh diperolehi:
- Majalah Al-Isra tahun-tahun kebelakangan
- Sijil-sijil tokoh
- Orang sumber/ temuramah
- Gambar tokoh
- Dokumen rasmi / lain-lain berkaitan
Tajuk 4:
Peristiwa-peristiwa Bersejarah Di Sekolah
- Dapatkan 4 peristiwa yang dianggap bersejarah yang berlaku di sekolah.
- Contoh peristiwa bersejarah:
- Sejarah perasmian sekolah
- Hari Terbuka Sekolah
- Hari Anugerah Cemerlang
- Hari Sukan
- Majlis Graduasi
- dan lain-lain
- Nyatakan kesan atau kepentingan setiap peristiwa tersebut terhadap diri / sekolah / masyarakat.
- Buatkan satu dialog dengan mana-mana orang sumber yang terlibat dalam peristiwa tersebut.
Apakah sumber yang boleh diperolehi:
- Majalah Al-Isra
- Buku program
- Orang sumber yang terlibat (seperti penerima hadiah/ guru) temuramah
- Laporan Tahunan
- Gambar
- Lain-lain sumber yang berkaitan
Jika ada masalah, boleh berjumpa dengan guru matapelajaran sejarah anda